Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai
oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari
kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini.
1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat
emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau
gelabah, putus asa dan sebagainya.
2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak
ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat
perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri
anda sepenuhnya panik dan menggeletar.
3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik
contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja
wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta
sendiri orangnya).
4. Anda suka bersendirian berjalan malam.
5. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.
6. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.
7. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada
yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di
tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang
orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.
8.
Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak,
perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau
ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja
boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau
lebih…
9. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
10. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda
seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam
nyata. Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu
sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama
dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada
pandangannya ada temannya. Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan
dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia
seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.
11. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda
tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
12. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.
13. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari
makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang
anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang
penuh kelembutan. Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan
anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan
kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya
wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.
14. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.
15. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.
16. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu
menemani anda. Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah
dekat, tak ada pula ‘orangnya’.
17. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang
anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.
18. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin
rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku
curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah
tak tentu pasal dan sebagainya. Soalnya, selagi jin itu belum berpuas
hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan
rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi
miliknya seekor.
19.
Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan
tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain
termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu
dan kuat iman. Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu
melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin
betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.
20. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang
didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama
bagi anak-anak lelaki.…dan sebagainya…
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat
bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin
ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan
ketat. Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya
di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau
jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab
tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)
Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau
cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.
Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala
gangguan pada bahagian dada dan kepala.
Cara terbaik untuk menghindari dari dicintai dan dipengaruhi oleh jin
betina atau jin asyik ini ialah dengan memperbanyakkan amalan agama,
tidak tinggal solat, rajin membaca al Quran, sentiasa berzikir dan
sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Elakkan dari memyimpan atau
menggunakan benda2 pelik seperti barang-barang lama, cincin yang dijampi
serapah, mempercayai perkara khurafat, melakukan amalan syirik dan
jauhi perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
No comments:
Post a Comment