Friday, 28 March 2014

Masalah di Mesir II (R4BIA)

Apakah itu R4BIA?


-R4BIA merupakan satu simbol kebebasan
-R4BIA merupakan kelahiran satu gerakan baru untuk kebebasan dan keadilan
-R4BIA merupakan kelahiran satu dunia baru
-R4BIA merupakan kembalinya Umat Islam ke pentas dunia
-R4BIA bermaksud keadilan, kebebasan dan hati nurani
-R4BIA merupakan tempat dimana nilai-nilai Barat telah runtuh
-R4BIA bermaksud wira-wira Mesir yang menjadi bebas melalui kematian
-R4BIA merupakan Mesir, Sirya, Palestin dan seluruh geografi Islam.
-R4BIA merupakan nama-nama mereka yang membangunkan seluruh dunia
 Islam dengan kematian mereka
-R4BIA merupakan tempat orang-orang yang menunjukkan kematian sebagai
 kebangkitan semula
-R4BIA merupakan anak perempuan kita, Asma
-R4BIA merupakan cucu Hasan Al-Banna
-R4BIA merupakan nama anak-anak kita yang bakal mengubah dunia
-R4BIA merupakan nafas baru kepada kamanusiaan
-R4BIA merupakan keadilan kepada semua orang terhadap
 nilai-nilai barat yang jelek.
-R4BIA merupakan roh kepada kebebasan lelaki dan wanita
-R4BIA merupakan tangisan, kesedihan dan kemuraman
-R4BIA merupakan keriangan, kegembiraan dan khabar yang baik
-R4BIA merupakan anak, wanita, orang muda dan tua.
-R4BIA merupakan seorang manusia seperti lelaki
-R4BIA merupakan suatu yang lurus seperti ‘Alif’ dan rendah diri seperti ‘Waw’
-R4BIA merupakan syahid yang sebenar
-R4BIA merupakan dunia baru
-R4BIA merupakan Ummah
-R4BIA merupakan perpaduan, kesatuan dan persaudaraan
-R4BIA merupakan penyatuan dunia Islam
-R4BIA merupakan suatu yang memalukan bagi mereka yang bersekongkol
 dengan jenayah pembunuhan beramai-ramai
-R4BIA merupakan pengakhiran kaum munafik yang menyokong
 pembunuhan beramai-ramai
-R4BIA merupakan pengakhiran minyak para sheikhs
-R4BIA merupakan pengakhiran Kapitalism
-R4BIA merupakan pengakhiran Zionis
-R4BIA merupakan pengakhiran kepada tekanan yang tidak bermoral
-R4BIA merupakan arena para syuhada
-R4BIA merupakan ibu kepada syahid
-R4BIA merupakan senyuman para syuhada

Bagimana R4BIA muncul?

Pemilik bagi simbol ini telah syahid di medan Rabia Al-Aawiya terhadap rampasan kuasa tentera yang berlaku di Mesir pada tanggal 3 julai 2013. Rakyat Mesir yang yang ingin menuntut semula kepercayaan, kebebasan, masa depan dan suara yang telah mereka lontarkan bagi President pertama Mesir yang dilantik telah menyebabkan satu halangan kolektif yang tidak pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah dunia pada tanggal 28 Jun, di Medan Rabia Al-Adawiya.
Pada mulanya mereka telah membuat simbol tersebut di sana dengan mengangkat empat jari mereka. Ia tidak pernah terilham siapa yang mencipta simbol tersebut atau siapa yang tampil dengan idea seperti itu. Apabila mereka ditanya dua bulan kemudian apakah maksud simbol tersebut, mereka menerangkan: “ini merupakan simbol ‘Rabia’. ‘Rabia’ membawa erti empat atau keempat dalam bahasa Arab. Nama bagi medan ini berasal daripada Rabia al-Adawiya, seorang wanita mulia dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh.

Beliau menadapat gelaran Rabia kerana beliau merupakan anak keempat dalam keluarga dan kita menggunakan simbol tersebut sebagai lambang untuk menghargai legasi beliau”. “Faktor kedua mengapa simbol ini membawa makna yang penting ialah fakta bahawa President Moamed Morsi merupakan president Mesir yang ke empat setelah Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Kita membuat simbol untuk mengingatkan masyarakat akan ‘presidency’ beliau. Tambahan pula, mereka yang berkumpul di dataran Tahrir untuk menyokong rampasan kuasa tentera lebih gemar menggunakan simbol V dengan mengangkat dua jari mereka.
Kita tidak boleh menjadi sama seperti orang-orang tersebut. Kita guna dan membezakan simbol Rabia dengan tujuan untuk membezakan diri kita dengan mereka. Apabila pihak pro-demokrasi berdemonstrasi dan membuat penerangan seumpama ini seawal waktu tanggal 14 Ogos, pihak tentera Mesir telah bergerak ke kawasan Rabia al-Adawiya untuk melepaskan pembunuhan orang awam secara besar-besaran yang telah disaksiakan dalam sejarah. Ia juga seumpama sekelompok manusia yang menerangkan akan simbol tersebut juga dianggap sahid.
Laman sesawang (website) ini mengandungi gambar-gambar dan rakaman video, mereka-mereka yang telah membuat simbol ini pada masa lalu, sejurus sebelum pembunuhan. Berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai di Mesir, simbol Rabia telah datang untuk lebih mudah dikenalpasti dan sejak daripada itu, ia telah tersebar ke seluruh dunia Islam. Dalam masa yang singkat sahaja, simbol tersebut telah menjadi satu lambang yang diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat Muslim yang berdiri menentang kedua-dua negara Timur dan Barat yang telah memilih untuk menafikan keganasan beribu-ribu masyarakat awam di Mesir.

Di antara banyak-banyak logo yang direka untuk mewakili lambang Rabia, lambang yang mempunyai ciri atau lambang tangan bewarna hitam berlatar belakangkan warna kuning telah dipilih kerana lebih menonjol dan lebih mudah dikenalpasti daripada logo-logo yang lain dan masyarakat juga telah mula untuk menggunakannya di serata pelusuk. Perlu diberi perhatian, bahawa para pereka logo tersebut telah memaklumkan bahawa warna kuning telah digunakan pada logo tersebut bagi merujuk kepada Kubah Masjid Qubbatus Sakhra di Baitulmakdis, kiblat pertama umat Islam dan warna hitam merujuk kepada ‘qiswah’ (tirai hitam yang menutupi Ka’bah).
Simbol atau logo Rabia ini kemudiannya tersebar meluas di seluruh pelusuk negara dengan berkat roh para syuhada yang syahid di Medan Rabia dan menjadi simbol global bagi kominiti Muslim. Jawapan-jawapan ini ditemui pada website yang merujuk kepada persoalan “What is R4BIA” (Apakah itu R4BIA) yang disusun daripada tafsiran-tafsiran terpilih oleh masyrakat Muslim di seluruh dunia. Hatta sehingga kini, para intelek Muslim, para pemikir, wartawan dan masyarakat umum khasnya cuba menerangkan simbol tersebut dengan cara yang berbeza-beza.
Simbol Rabia merupakan lambang kebangkitan, cetusan sebagai responsi bagi pembunuhan beramai-ramai yang berlaku, penindasan dan bagi jangka panjang politik, ekonomi dan tekanan budaya di Timur dan Barat yang telah mensasarkan masyarakat Islam dan Muslim. Konsep yang diperkenalkan oleh Barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, persamaan dan hak untuk terus hidup, sering dipraktikkan dalam bentuk ‘double standard’ (pilih kasih dan pilih bulu) benar-benar telah jatuh dan musnah di Palestin, Sirya, Bosnia dan akhir sekali di Mesir.
Dengan semangat simbol atau logo Rabia, konsep-konsep atau apa-apa yang sama dengannya, akan menafsiran semula prinsip-prinsip Islam. InsyAllah kebangkitan ini akan menjadi satu sumber inspirasi kepada setiap individu, tanpa mengira kepercayaan dan ethnik yang sentiasa mencari kebenaran, persamaan dan kebebasan di dunia ini. Sokongan atas setiap usaha yang bertujuan mencari hak dan kebebasan yang disebarkan melalui simbol ini dapat menunjukkan kehormatan dan nilai-nilai murni manusia.
Simbol Rabia dan roh para syuhada yang diberkati ini akan menyatukan umat Islam dan bangsa, diasingkan antara sempadan yang telah dibuat dan negeri-negeri yang diduduki dan diperintah oleh pihak Timur dan Barat. Tidak ada satu negara pun, kumpulan atau individu yang menuntut simbol ini sebagai mereka punya. Oleh itu, amat tepatlah mereka menghindarkan nikmat yang Allah kurniakan di dunia Islam ini daripada terus dikeruhkan demi para syuhada.
Pentadbiran laman sesawang ini tidak memiliki atau mengurus simbol ini, pun juga; mereka hanyalah hamba yang berjuang untuk Islam. Komuniti global Muslim akan menentukan hala tujunya sendiri. “Dan bertawakkallah kamu kepada Allah; dan cukuplah kepada Allah sahaja kamu bertawakkal” (Surah al-Ahzab, Ayat 3)



SUMBER : r4bia.com

Thursday, 27 March 2014

Masalah di Mesir I (Ikhwanul Muslimin)

Assalamualaikum..
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang gerakan Islam Ikhwanul Muslimin ini sejak dari tahun 1928 ditubuhkan sehingga kini.Baru-baru ini kita mendapat berita tentang penggulingan bekas Presiden Mesir iaitu Mohamed Morsi serta hukuman gantung ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin iaitu masyarakat Mesir yang menyokong Morsi.

Saya ingin kongsikan serba sedikit maklumat tentang "Ikhwanul Muslimin"

Logo rasmi
Lambang Gerakan Ikhwanul Muslimin

Ikhwanul Muslimun (Bahasa Arab: الإخوان المسلمون‎ al-ikhwān al-muslimūn, atau ringkasnya الإخوان al-Ikhwān; Bahasa Melayu: Saudara Muslim) adalah satu gerakan Islam antarabangsa yang berpengaruh di dunia. Al-Ikhwan juga adalah parti pembangkang berpengaruh di kebanyakan negara Arab terutamanya Mesir. Gerakan ini diasaskan olehHassan al-Banna pada tahun 1928 dan beberapa gerakan Islam lain ditubuhkan di seluruh dunia Islam yang mempunyai kaitan dengan al-Ikhwan. Gerakan Al-Ikhwan tidak memandang peranan Islam dengan mudah, sebaliknya merujuk Islam sebagai "the way of life" (jalan kehidupan). Ia menyokong satu langkah dari sekularisme, dan kembali kepada peraturan Al-Quran sebagai asas untuk pembentukan keluarga, masyarakat, dan negara yang sihat dan mapan. Pergerakan Ikhwanul Muslimin secara rasmi menolak penggunaan apa-apa cara keganasan untuk mencapai sesuatu matlamat. Bagaimanapun, cabang-cabang kumpulan itu telah dikaitkan dengan serangan pada masa lalu, dan pengkritik menyalahkan Ikhwan untuk mencetuskan kekacauan di tempat lain di Timur Tengah. Ramai yang menganggap pendahulu (forerunner) militan moden Islamisme.

Doktrin al-Ikhwan adalah:
Allah is our objective. The Prophet is our leader. Qur'an is our law. Jihadis our way. Dying in the way of Allah is our highest hope.
"Allah adalah objektif kita. Nabi adalah pemimpin kita. Quran adalah undang-undang kita. Jihad adalah jalan kita. Mati di jalan Allah adalah harapan tinggi kita."

Doktrin ini diringkaskan dalam sebuah nasyid yang dipopularkan oleh Kumpulan [Nada Murni]: Allahu rabbuna (Allah Allah) Allahu ghayatuna (Allahu akbar, Allahu akbar) Ar-rasul qudwatuna (Allah Allah) Al-Qur'an dusturuna (Allahu akbar, Allahu akbar) Al-jihadu sabiluna, Al-mautu fi sabilillah asma'amanina
Allah Tuhan kami Allah matlamat kami Ar-Rasul ikutan kami Al-Qur’an panduan kami Jihad jalan kami Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami

SEJARAH
Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah suatu bahagian dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia telah dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.
Sheikh Hassan Al-Banna dan pengikutnya pada asalnya telah bersatu-padu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir, dan membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai "kerosakan" akibat dari pengaruh-pengaruh Barat.

                                             Hassan al Banna
Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna


Dalam tahun-tahun awal penubuhan, kumpulan Al-Ikhwan hanya menumpukan kepada isu-isu keagaamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi penyertaan keahlian semakin meningkat, ia beralih kedalam sfera politik, dan mengajurkan protes kepada kerajaan Mesir.
Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwan telah dipersalahkan kerana rentetan dari perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir Mahmud Fahmi al-Nuqrashi dalam tahun 1948 -- sejurus selepas dia telah mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.
Al-Banna sendiri telah dibunuh tidak beberapa lama kemudian -- penyokongnya mengatakan bahawa pembunuhan keatas beliau telah diarahkan oleh kerajaan.
Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap-senyap (bawah tanah) pada era 1950, dan dekad-dekat dimana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan, mengakibatkan ramai ahli Ikhwanul Muslimin telah berpindah ke negara lain dan ada diantara mereka yang dipenjarakan.
Ikwanul Muslimin telah kembali berkembang pada tahun 1980 seiring dengan perkembangan umum dalam minatnya mendalami agama Islam, serangan tentera Amerika Syarikat keatas Iraq pada tahun 2003 telah merancakkan peningkatan keahlian yang mendadak.

Gerakan Ikhwanul Muslimin ini adalah kumpulan pembangkang yang tertua di Mesir. Gerakan ini masih lagi aktf di Mesir yang dipimpin oleh Morsi pada masa kini..

SUMBER : Wikipedia

Tuesday, 25 March 2014

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua…

SUMBER : Ustaz Don Daniyal

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan

Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

SUMBER : Sebuah Kehidupan

Ustaz Haron Din Bercerita Tentang Kisah MH370



Ustaz Haron Din merupakan antara ulama yang disehani di Malaysia dan juga di dunia. 

Ini merupakan isi kandungan kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembalilah semula kepada cara hidup Islam. Sistem berlandaskan agama Islam, kembali kepada Allah dan suruhan Allah. Hendak Insafl kerana kita sedang diuji oleh Allah.

2.Air di empangan makin kurang. Tiga per empat ,3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru kes kehilangan pesawat MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari namun tidak dijumpai. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Jangan makan dan minum yang haram, jika kita langgar akan mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya. Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita, minta maaf dan taubat denganNYA.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni, banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat, bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang. Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita. Lihat dengan mata hati, itu penghinaan Allah pada kita.



SUMBER : Islam Di Hatiku