Dalam
sebuah filem dokumentari terbitan BBC berjudul "The Power of
Nightmares" pejabat CIA secara terbuka mengakui bahawa Al-Qaeda
sebenarnya merupakan 'rekacipta'
yang tidak pernah ada kebenarannya. Pentadbiran George W Bush
memerlukan sebuah alasan yang logik sesuai dengan undang-undang sehingga
mereka mampu mencari kambing hitam 'the
bad guy of their choice' iaitu Undang-undang yang telah dijalankan,
dalam rangka melindungi kita dari demonstrasi dan "organisasi pengganas"
seperti mafia. Mereka membayar Jamal al Fadl ratusan ribu dolar supaya
mencipta 'story line' mengenai Al-Qaeda untuk pentadbiran Amerika
Syarikat.
"Al
Qaeda bukanlah sebuah organisasi. Al Qaeda sebenarnya merupakan sebuah
cara kerja ...tetapi hal tersebut mempunyai hallmark dalam
pendekatannya."
Al-Jazeera
Al-Jazeera
merupakan saluran berita Arab terbesar dan yang paling kontroversi di
Timur Tengah. Stesen TV itu menawarkan berita dari seluruh dunia selama
24 jam setiap harinya dan memusatkan pemberitaannya pada wilayah konflik
terpanas. Ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpusat di Qatar, jaringan
berita Al-Jazeera merupakan jaringan berita yang paling cepat berkembang
di antara komuniti Arab dan orang-orang yang bertutur dalam bahasa Arab
di seluruh dunia.
Al-Jazeera dimiliki oleh Putera Alwaleed Talal, rakan kongki Rupert Murdoch (taikun Yahudi) |
Putera Alwaleed (al-Jazeera) dan Rupert Murdoch (20th Century) |
Ketahuilah
bahawa Al-Jazeera sebenarnya merupakan media propaganda utama untuk
kepentingan Amerika Syarikat dan keseluruhan rancangannya dilakukan di
Amerika Syarikat dengan kerjasama Allied Media Corp.
Setiap kali Al-Jazeera melaporkan berita terbaru sama ada melalui video
atau audio mengenai Al-Qaeda atau Osama yang mengancam keselamatan
Amerika Syarikat, ia sebenarnya telah dilakukan di studio Allied Media
Corp. Padahal dengan melakukan hal itu, secara tidak sengaja pentadbiran
Amerika Syarikat mengancam keselamatan rakyatnya sendiri. Studio-studio
Allied Media Corp membuat video dan audio tape untuk Presiden Bush
dalam rangka Amerika Syarikat untuk meneruskan Perang Menentang
Pengganas serta perang saraf menentang rakyatnya sendiri (anti-Zionis
dan pro-Kristian Katholik) selain negara-negara berdaulat lainnya di
dunia.
Hebat...Osama bin Laden juga sudah memakai 'dai' pada jambangnya. hehehe |
George
W. Bush telah menggunakan Allied Media Corp dengan mencipta sebuah
video dan audio tape yang dilakonkan oleh seorang lelaki berpewatakan
seakan-akan Osama. Rata-rata video tersebut memperlihatkan bahawa Osama
serta al-Qaeda membuat ancaman untuk menyerang Amerika Syarikat. Ia
dilakukan oleh pentadbiran Bush sebagai dalam rangka mempengaruhi serta
memaksa Kongres untuk memberikan Bush kekuasaan diktator serta merampok
hak-hak sivil dan kemerdekaan rakyat Amerika.
Wajah-wajah presiden dan bekas presiden 'perang' Amerika Syarikat |
Osama
tidak menyingkirkan kebebasan anda, Bush di White House-lah yang
melakukannya. Bin Laden tidak menyerang Amerika Syarikat pada 11
September 2001, kerajaan andalah yang melakukannya. Bin Laden tidak
membuat ekonomi Amerika Syarikat terjejas, kerajaan andalah yang
melakukannya. (Sejarah menunjukkan bahawa semua kerajaan besar runtuh
akibat pembiayaan yang sangat mahal dalam kampen yang agresif) Bin Laden
dan Saddam Hussein tidak membunuh lebih dari 1 juta orang
warganegaranya yang tidak bersalah, kerajaan andalah yang melakukannya
(Pertama dilakukan oleh pemerintahan Clinton, kemudian semasa
pemerintahan George W. Bush dan Dick Cheney dan sekarang ketika
pemerintahan Barack Obama.
Kesimpulan
Al
Qaeda adalah sebuah organisasi ciptaan pemerintah Amerika Syarikat
sebagai sebahagian daripada 'pendekatan matlamat menghalalkan cara'
untuk menghapuskan umat Islam di sebelah Timur. Terorisme yang dicipta
adalah untuk tujuan sebuah agenda politik Amerika Syarikat semata-mata.
No comments:
Post a Comment