Sebuah kajian yang dilakukan oleh Isaac Ritter Profesor Pusat
Pengajian Jerusalem menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 warga Yahudi
Israel memeluk Islam setiap tahun.
“Semua Yahudi yang masuk Islam kebanyakan adalah wanita yang mengaku
bahawa mereka masuk Islam untuk berkahwin dengan seorang lelaki Muslim,”
kata Ritter.
Menurut sebuah hasil kajian yang diterbitkan oleh surat khabar
“Yediot Ahronot”, agama Islam dan dakwah Islam telah mula menembusi
barisan orang-orang Yahudi, di mana pendakwah Islam di wilayah
pendudukan Israel berpenampilan ala Salafi, mendekati orang-orang Yahudi
dan mengundang mereka agar masuk Islam dengan menggunakan bahasa Ibrani
yang fasih, cara tersebut menyumbang kepada kejayaan misi dakwah
mereka.
Surat khabar tersebut menunjukkan bahawa penerbitan dari dakwah Islam
di kalangan orang Yahudi dipengaruhi oleh program-program Islam yang
disiarkan oleh saluran satelit di Timur Tengah, Eropah, forum dan
website.
Ritter sendiri menambah bahawa dakwah Islam terhadap orang Yahudi
Israel dalam bahasa Ibrani adalah yang pertama seumpamanya selama lebih
daripada 30 tahun.
Terjemahan dari eramuslim.com
sumber: amirulaslam.com
No comments:
Post a Comment