Mungkin ramai yang sudah tahu tentang gerakan Islam Ikhwanul Muslimin ini sejak dari tahun 1928 ditubuhkan sehingga kini.Baru-baru ini kita mendapat berita tentang penggulingan bekas Presiden Mesir iaitu Mohamed Morsi serta hukuman gantung ke atas 529 ahli Ikhwanul Muslimin iaitu masyarakat Mesir yang menyokong Morsi.
Saya ingin kongsikan serba sedikit maklumat tentang "Ikhwanul Muslimin"
Lambang Gerakan Ikhwanul Muslimin
Ikhwanul Muslimun (Bahasa Arab: الإخوان المسلمون al-ikhwān al-muslimūn, atau ringkasnya الإخوان al-Ikhwān; Bahasa Melayu: Saudara Muslim) adalah satu gerakan Islam antarabangsa yang berpengaruh di dunia. Al-Ikhwan juga adalah parti pembangkang berpengaruh di kebanyakan negara Arab terutamanya Mesir. Gerakan ini diasaskan olehHassan al-Banna pada tahun 1928 dan beberapa gerakan Islam lain ditubuhkan di seluruh dunia Islam yang mempunyai kaitan dengan al-Ikhwan. Gerakan Al-Ikhwan tidak memandang peranan Islam dengan mudah, sebaliknya merujuk Islam sebagai "the way of life" (jalan kehidupan). Ia menyokong satu langkah dari sekularisme, dan kembali kepada peraturan Al-Quran sebagai asas untuk pembentukan keluarga, masyarakat, dan negara yang sihat dan mapan. Pergerakan Ikhwanul Muslimin secara rasmi menolak penggunaan apa-apa cara keganasan untuk mencapai sesuatu matlamat. Bagaimanapun, cabang-cabang kumpulan itu telah dikaitkan dengan serangan pada masa lalu, dan pengkritik menyalahkan Ikhwan untuk mencetuskan kekacauan di tempat lain di Timur Tengah. Ramai yang menganggap pendahulu (forerunner) militan moden Islamisme.
Doktrin al-Ikhwan adalah:
“ | Allah is our objective. The Prophet is our leader. Qur'an is our law. Jihadis our way. Dying in the way of Allah is our highest hope. | ” |
- "Allah adalah objektif kita. Nabi adalah pemimpin kita. Quran adalah undang-undang kita. Jihad adalah jalan kita. Mati di jalan Allah adalah harapan tinggi kita."
Doktrin ini diringkaskan dalam sebuah nasyid yang dipopularkan oleh Kumpulan [Nada Murni]: Allahu rabbuna (Allah Allah) Allahu ghayatuna (Allahu akbar, Allahu akbar) Ar-rasul qudwatuna (Allah Allah) Al-Qur'an dusturuna (Allahu akbar, Allahu akbar) Al-jihadu sabiluna, Al-mautu fi sabilillah asma'amanina
Allah Tuhan kami Allah matlamat kami Ar-Rasul ikutan kami Al-Qur’an panduan kami Jihad jalan kami Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami
SEJARAH
Gerakan Islam Ikhwanul Muslimin adalah suatu bahagian dalam senario politik Mesir lebih daripada 80 tahun lamanya. Ia telah dipelopori dan ditubuhkan oleh Sheikh Hassan al Banna pada tahun 1928.
Sheikh Hassan Al-Banna dan pengikutnya pada asalnya telah bersatu-padu untuk menggulingkan penaklukan dan pengawalan British di Mesir, dan membersihkan negara tersebut dari apa yang mereka nampak sebagai "kerosakan" akibat dari pengaruh-pengaruh Barat.
Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna
Dalam tahun-tahun awal penubuhan, kumpulan Al-Ikhwan hanya menumpukan kepada isu-isu keagaamaan, pendidikan dan khidmat sosial kepada masyarakat, tetapi penyertaan keahlian semakin meningkat, ia beralih kedalam sfera politik, dan mengajurkan protes kepada kerajaan Mesir.
Pada era 1940, sayap bersenjata Ikhwan telah dipersalahkan kerana rentetan dari perbuatan ganas, termasuk pembunuhan Perdana Menteri Mesir Mahmud Fahmi al-Nuqrashi dalam tahun 1948 -- sejurus selepas dia telah mengarahkan pembubaran gerakan Ikhwanul Muslimin.
Al-Banna sendiri telah dibunuh tidak beberapa lama kemudian -- penyokongnya mengatakan bahawa pembunuhan keatas beliau telah diarahkan oleh kerajaan.
Gerakan ini kemudiannya bergerak secara senyap-senyap (bawah tanah) pada era 1950, dan dekad-dekat dimana pemerintah Mesir terus menjalankan operasi pembersihan anggota gerakan, mengakibatkan ramai ahli Ikhwanul Muslimin telah berpindah ke negara lain dan ada diantara mereka yang dipenjarakan.
Ikwanul Muslimin telah kembali berkembang pada tahun 1980 seiring dengan perkembangan umum dalam minatnya mendalami agama Islam, serangan tentera Amerika Syarikat keatas Iraq pada tahun 2003 telah merancakkan peningkatan keahlian yang mendadak.
Gerakan Ikhwanul Muslimin ini adalah kumpulan pembangkang yang tertua di Mesir. Gerakan ini masih lagi aktf di Mesir yang dipimpin oleh Morsi pada masa kini..
SUMBER : Wikipedia
SUMBER : Wikipedia
No comments:
Post a Comment