Sunday 3 August 2014

Apa Yang Berlaku Sebenarnya Di Syria ?




PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.
Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”Sloganini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..
84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,
6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..
Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”
-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.
Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.
tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.
TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahlipolitik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.
Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.
Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar.Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;
“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi.
Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
- Disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.
p/s perkongsian tokoh ulama’ syria,Syeik Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.
Wallahu A’lam..
SUMBER : hafizamri.com

Saturday 2 August 2014

10 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!



1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Jadi, anda tunggu apa lagi?
Sebarkan!
Biar semua orang tahu!


SUMBER : Kisah & Teladan

Briged Al-Qassam Tentera Penggempur Palestin(sayap HAMAS)

Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".

JIKA :

~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),

~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya

dan

~ Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri - 'Mengapakah saya tidak syahid?'

SUMBER : Pungkok-Hang

Gaza dan Israel

Kenapa Israel dan Palestine bermusuh hingga ke hari ini? Siapa yang rampas tanah siapa? Macam mana boleh rampas? Siapa yang ditindas sebenarnya? Hamas dan Zionis tu apa pulak?

Relaks.... Kita ‘go through’ perlahan-lahan... Baguslah jika ada niat di hati untuk cakna isu ummah.

Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan saudaranya, maka dia bukan sebahagian daripada ummatku." [Hadis Riwayat Muslim]


Tanah Palestine memang terkenal dengan kesuburan. Ianya sudah banyak kali bertukar tangan sejak zaman Nabi Ibrahim AS lagi.

Sewajarnya kita ringkaskan cerita kepada apa yang terjadi sejak 500 tahun lepas. Kalau nak diceritakan dari awal, ia bermula sejak 4000 tahun lalu (setakat rekod sejarah). Ditambah pula perangai pembaca yang malas, loya dan boleh maut melihat tulisan berjela-jela.. silap-silap jadi alasan tak puasa.. erk..


Mulanya dari Kerajaan Uthmaniyyah dari Turki yang menguasai hampir keseluruhan Middle-East termasuk Palestine. Mereka telah menguasai kawasan ini selama lebih 400 tahun. Masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestine merupakan antara 3 tempat yang dijanjikan barakah oleh Allah di samping berkait rapat dengan peristiwa Isra Mikraj. Khalifah Umar Al-Khattab telah mewakafkan tanah Palestine ini untuk umat islam. Untuk kita sama-sama menjaga. Masyarakat Palestine hidup dalam bahagia dan harmoni dengan burung-burung berterbangan.. Tempat kita.. Ya, tempat kita dan saudara-saudara kita..

“Sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara..." [Al-Hujurat: 10]





Dalam pada itu, orang Yahudi ditindas di Eropah sekitar Abad ke-19. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin, nak tempat berteduh, minta perlindungan. 

Kata mereka.. saya ulang.. ‘kata mereka’, tanah Palestine ialah tanah yang dijanjikan tuhan mereka ke atas kaum yahudi sejak zaman Nabi Musa AS. Tapi fahaman mereka telah dipesongkan oleh pihak Zionis. Siapa Zionis? Teruskan membaca, jangan malas.





Bila dah semakin ramai Yahudi di Palestine sekitar 1896-1897 , Theodor Herzl mengasaskan Zionis. Dengan memikirkan kepentingan orang yahudi, dia menulis buku berjudul The Jewish State. Yang tak tahan, dia mencadangkan dan menyokong pembentukan NEGARA YAHUDI di PALESTINE... Ya, Palestine, tempat yang mereka tumpang berlindung ketika ditindas. Tak kenang budi..




Selepas mengadakan kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland, penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.. Biasalah orang tak sedar diri, buat macam rumah sendiri..




Sekitar 1914-1916 perang dunia pertama meletus. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez.... bukan Suarez.. erk..
(terusan ini penting dalam sebagai laluan perdagangan.. Tak pernah dengar? Bukak buku sejarah sekolah menengah, InsyaAllah ada)



Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 menyaksikan SetiausahaLuar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin.






Dengan persetujuan British, sekali lagi Zionis meneruskan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin sekitar 1920-1939. Ini memang meloyakan. Hinggakan mereka memberi sagu hati dan membiayai kos penghijrahan kepada yahudi yang berpindah ke Palestine.



Rakyat asal Palestin membantah penghijrahan Yahudi Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain buat tak tahu. 




Perang Dunia Kedua meletus pada tahun sekitar 1939-1945. Di Eropah,Adolf Hitler (German) memulakan penghapusan etnik Yahudi atas sebab-sebab tertentu. Sebelum German tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis.



Banyak pertempuran berlaku pada ketika ini kerana perselisihan faham hinggakan PBB tidak mampu mengawal keadaan yang terlampau kelam-kabut di Palestine.







Pada 1947, PBB memulakan pemecahan negara Palestine. PBB memberikan lebih dari separuh tanah Palestine kepada Yahudi Zionis untuk mewujudkan negara haram Israel. Yahudi Zionis pula menggunakan kekerasan untuk mengusir peduduk Palestine. Tujuan mereka adalah untuk menguasai tanah Palestine sepenuhnya sebagai persiapan penubuhan negara haram Israel.




Akhirnya pada 1948, Zionis mengisytiharkan negara haram Israel untukkaum Yahudi. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel.


Israel diterima sebagai negara anggota PBB pada 1949. Israel menerima arahan dari PBB untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah airmereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab dan saudara-saudara islam untuk membebaskan Palestin.




Pada tahun 1956, Sekumpulan penuntut Palestin, salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat, memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah. Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland. Fatah kini merupakan kerajaan di Tebing Barat.




14 Disember 1987, HAMAS iaitu Harokah al Muqowamah al Islamiyah (Gerakan Perlawanan Islam) ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yasin. Beliau dibedil oleh 2 peluru berpandu ketika usai solat subuh di sebuah masjid. HAMAS kini merupakan kerajaan di Gaza. S

Zionis dan Israel semakin melampau, tidak puas hati dengan kemusnahan dan rampasan negara Palestin dari tangan penduduknya, mereka memulakan siri serangan demi serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat. Tujuan mereka adalah untuk meluaskan tenah jajahan mereka dan melunaskan dendam selama ini terhadap umat Islam. Dengan bantuan dariUSA dan Jewish United Fund, kekuatan tentera mereka tidak tertanding oleh pejuang-pejuang Palestine.



Hari demi hari, Palestine semakin mengecil, penduduknya dibunuh dan diusir keluar dari tanah mereka sendiri. Kicauan burung bertukar menjadi bunyi letupan bom saban hari.



Kini, bukan sahaja serangan masih diteruskan ke atas penduduk Palestine, mereka turut membina tembok sekeliling Gaza, menyekat bantuan makanan, menyekat bantuan ketenteraan dari negara luar serta menghadkan kawasan perairan untuk penduduk gaza. Mengurung mereka tanpa jalan keluar, lalu membedil mereka.. Perangai macam binatang.. Malah lebih teruk.

Sesungguhnya, kalau nak disenaraikan list kekejaman Yahudi Zionis terhadap manusia & umat islam terutamanya, berbuku-buku lah jawabnya. Cukuplah sekadar penulisan ringkas berkaitan kronologinya. Moga kita sama-sama berusaha menambah ilmu mengenai perkara ni. Sama-samalah kita perangi Zionis! Bukan yahudi, tapi zionis...


---> Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel


SUMBER : http://temetemerity.blogspot.com/