Saturday, 29 December 2012

Kenapa Yahudi Amat Berkuasa



Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

Umat Yahudi Sedikit, Tapi...

Berapa sebenarnya jumlah orang Yahudi ketika ini? Jelas, bangsa Yahudi masih menjadi kaum minoriti di dunia. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kajian Perencanaan Bangsa Yahudi disebutkan bahawa pertumbuhan Yahudi dari masa ke semasa sangatlah kecil. Pada tahun 1970, jumlah mereka 12,633 juta, dan sekarang ini baru mencecah 13,100. Laporan ini diketuai oleh Dennis Ross.

Dennis Ross (kanan) bersama Ehud Barak

Sedikit petikan dari Laporan Beliau. 

According to the World Jewish Congress Survey 1998 - the total world’s Jewish population stood at 13.5 million
  1. US (5.6 million)
  2. Israel (4.9 million)
  3. Russia (400,000)
  4. Canada (360,000)
  5. UK (280,000)
  6. Ukraine (280,000)
  7. Argentina (220,000)
  8. Germany (71,000)
  9. Islamic Iran (25,000)
  10. Panama (7,000)
  11. Hong Kong (2,500)
  12. Gibralter (650)
  13. Yemen (400)
  14. Syria (100)
To the best of my research – the said survey missed to mention the Jewish communities in;
  1. Morocco (30,000)
  2. Mali (1000)
  3. Azerbaijan (2000)
  4. Uzbekistan (30,000)
  5. Turke (10,000)
  6. India (2000)
  7. Tunisia (1200)
Masalah ini masih menjadi tekanan kepada Yahudi baik di dalam atau di luar Israel. Pernah dikomen sinis oleh politikus berhaluan kiri tersohor, Yossi Beilin beberapa tahun lalu dalam bukunya soal realiti Yahudi di dunia. Beilin fokus ingin menghilangkan penghalang ini dengan cara mengklasifikasikan semula Yahudi dan menganggap kelahiran dari ayah Yahudi dan ibu bukan Yahudi disebut Yahudi juga. Bukan mereka yang lahir dengan ibu Yahudi tanpa mempedulikan agama ayahnya sebagaimana yang biasa diterapkan sekarang di kalangan bangsa Yahudi.

Yossi Beilin


Klasifikasi baru ini menurut Beilin akan menambahkan bilangan bangsa Yahudi. Terutama peratusan perkawinan campur antara Yahudi Amerika dan Eropah mencapai 55% dari total jumlah Yahudi.

Laporan tersebut juga menyatakan tentang jumlah Yahudi di negara Israel telah menurun kerana penghijrahan Yahudi ke Israel telah menurun.

Namun jumlah Yahudi secara keseluruhan ini tidak sama peratusannya dengan jumlah orang Yahudi yang berjaya memegang kerusi di parlimen. Dan jumlah ini akan terus meningkat saban tahun. Di Britain, jumlah anggota parlimen berbangsa Yahudi mencapai 52 anggota, padahal jumlah warga Yahudi di sana tidak lebih dari 300 ribu orang. Sementara kaum muslimin yang jumlahnya mencapai lima kali ganda dari Yahudi hanya memiliki satu orang perwakilan di parlimen Britain.

Di AS jumlah anggota Kongres Amerika dari Yahudi sebanyak 13 orang dari 101 total anggota Kongres Amerika. Padahal peratusan Yahudi di sana ialah di bawah 2%. Sementara di parlimen Amerika, Yahudi memiliki perwakilan 30 orang.

Di Perancis, Yahudi memiliki 18 kerusi di parlimen padahal jumlah warga Yahudi di sana tidak melebihi 1% penduduk. Demikian juga keadaannya di Ukraine. Angka-angka di atas memberikan kesimpulan betapa besarnya lobi Yahudi di negara-negara besar.

Informasi - Mengenal Yahudi

Sebagai Muslim, adalah menjadi kebaikan sekiranya kita bertaaruf dengan bangsa lain. Ramai kita mengenali bangsa-bangsa yang berada di sekeliling kita. Akan tetapi kita menghadapi sedikit kesukaran untuk mengenali bangsa yang tiada di persekitaran kita, atau barangkali agak sinonim dengan permusuhan dengan kita walaupun bukan semua mereka begitu.

Apa kata kali ini kita mengenali sedikit etika Rabbi Yahudi sebagai pengetahuan tambahan kita bersama. Berkebetulan saya sedang membuat sedikit kajian mengenai industri pemakananan kosher, elok juga saya kongsikan beberapa etika Rabbi mereka di sini. Sekurang-kurangnya kita boleh membuat sedikit perbandingan dengan diri kita sendiri, dan mana tahu suatu hari nanti kita perlu berurusan dengan orang Yahudi yang baik, maka pengenalan ini adalah penting supaya wujudnya sikap hormat-menghormati antara kedua-dua pihak.

Rabbi (biasanya disebut rabai) secara literalnya bermaksud guru. Di dalam budaya masyarakat Islam, gelaran yang setara dengan Rabbi ialah Ustaz. Rabbi biasanya merujuk kepada orang Yahudi yang kuat berpegang kepada ajaran Judaism Orthodox. Justeru bukan semua orang Yahudi, terutamanya yang sekular mengamalkan etika di bawah ini.

Sabbath


Hidangan Ketika Menyambut Sabbath

Shabbos atau Sabbath, ialah hari hujung minggu bagi orang Yahudi. Ianya bermula ketika terbitnya matahari Jumaat sehinggalah terbitnya tiga bintang pada Sabtu Malam. Secara tradisionalnya, orang Yahudi akan menyambut Sabbath lebih kurang 18 minit sebelum ketibaannya.

Waktu ini ialah waktu yang penting bagi penganut Yahudi. Biasanya mereka akan berkumpul bersama ahli keluarga dan menunaikan sembahayang mereka. Pada hari tersebut, mereka dilarang sama sekali daripada bekerja. Ini termasuklah urusan kerja yang kecil seperti memandu, menelefon dan membuka suis lampu. Kerana itulah mereka akan cuba menyelesaikan kerja mereka menjelang petang Jumaat.

Yom Tov


Yom Tov secara literal bermaksud hari perayaan yang baik (good day). Ianya ditentukan menurut kalender Yahudi yang berasaskan sistem lunar. Kebiasaannya pantang larang ketika hari Sabbath digunapakai ketika Yom Tov, terutamanya larangan bekerja. Antara Yom Tov ialah:

Rosh ha’Shanah (dua hari) – Tahun Baru Yahudi

Yom Kippor – Hari Penebusan (atonement)

Sukkos dan Shmini – Pesta Tabernacles

Pesach – Passover

Sh’vuos – Feast of Weeks

Sembahyang

Orang Yahudi bersembahyang tiga kali sehari semasa hari bekerja (selain hari Sabbath). Sekali di waktu awal pagi, kemudian di waktu tengahari dan terakhir sekali di waktu malam.

Synagogue

Tempat perkumpulan untuk bersembahyang bagi penganut agama Yahudi dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai synagogue. Mereka menyebutnya sebagai beyt t’fila. Akan tetapi orang Yahudi ortodoks sebenarnya tidak menggemari penggunaan perkataan synagogue, sebaliknya mereka lebih suka menggunakan perkataan ‘shul’ merujuk kepada beyt t’fila mereka.

Berjabat Tangan

Amalan berjabat tangan adalah kebiasaan orang Yahudi. Akan tetapi sama seperti orang Islam, mereka dilarang sama sekali daripada bersalaman dengan yang berlainan jantina.

Percampuran Lelaki dan Perempuan

Orang Yahudi amat pantang untuk hidup bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa hubungan kekeluargaan. Di dalam pejabat, mereka akan meminta supaya diasingkan tempat duduk dan meja antara lelaki dan perempuan.

Janggut dan Sidelock

Orang lelaki Yahudi berdasarkan sumber biblical utama dilarang daripada mencukur janggut. Justeru ramai yang menyimpan rambut panjang. Selain itu, sebahagian menyimpan sidelock atau sideburn panjang yang dikenali dengan Pay’os dalam bahasa Hebrew.

Yahudi Ortodoks yang tidak pernah mencukur rambut dan sidelock

Yarmulke atau Kippa

Orang lelaki Yahudi biasanya akan memakai kopiah kecil di ubun-ubun kepala mereka. Ianya dipanggil Yarmulke atau Kippa. Secara hokum, ianya wajib dipakai sentiasa. Menanggalkannya dianggap sesuatu yang tidak elok di dalam masyarakat Yahudi.

Kebiasaannya, variasi kippa adalah berdasarkan anutan mazhab, status keagamaan dan sokongan pemakainya. Contoh kippa di atas ialah Yahudi yang menyokong Zionisme.

Tzitzis

Tzitzis bermaksud ‘tassels’. Mengikut ajaran biblical, sekiranya seseorang lelaki Yahudi memakai pakaian yang mempunyai empat penjuru, setiap penjuru tersebut perlu diletakkan dengan tassel khas. Kadang-kadang mereka menyembunyikan tassel ini di belah dalam kot mereka.

Purim: Pesta Mabuk Yang Digalakkan Penganut Yahudi

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk.

Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri.

Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I).

Mordecai dan Permaisuri Esther
 
Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin.

Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.
 






































Azan Flower - Mekar Semasa Azan Berkumandang

Bunga Azan

Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen televisyen CNN, pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Bunga-bunga yang pada awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah  mendapat perhatian dari media Barat. Lihat keajaiban bunga azan di dalam video di bawah ini.