Sunday 12 August 2012

LAILATUL QADAR

10 Malam Terakhir Ramadan


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.”
(al-Bukhari)

Daripada Aishah r.a telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda: ”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir – 6341).

Ayuh, rakan-rakan…! Kita sematkan azam dan kuatkan semangat untuk berusaha supaya tidak meninggalkan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Itu adalah syarat paling rendah untuk menghadapi Malam Al-Qadar. Jika dapat melakukan ibadat yang lebih lagi alhamdulillah. Lagi besar ganjaran yang akan diperolehi.

Insya Allah.. Wallahua’lam...

No comments:

Post a Comment